Pages

Showing posts with label System Design. Show all posts
Showing posts with label System Design. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

System Design - Aquarium Temp Control System + GSM mobile system

Satu lagi projek lama yang baru nak upload. Projek membe minta aku buatkan, dapatlah upah sket. Part yang susah kat sini adalah nak buat integration antara Microcontroller denga GSM Modem. Module yang digunakan untuk menghantar SMS secara automatik.
Miss lagi nak ambik gambar yang complete. Yang ada semua masih dalam pembikinan.

Aquarium Temp Control System + GSM mobile system
Projek ni sebenarnya projek FYP membe aku, tapi disebabkan aku penah buat projek berkaitan dengan GSM(xde gambar, lupa nak ambik). So dia minta tolong aku buatkan. Projek dia lebih kurang macam ni, Sistem yang dapat detect suhu air dan detect makanan ikan masih ada atau tidak. Selain itu ikan ini akan diberi makan secara automatik setiap 6 jam.

Input
  • IR Sensor
  • Temperature Sensor
Output
  • Motor (pusingkan bekas)
  • LCD Screen
  • GSM Modem

Sistem akan beroperasi dengan detect suhu air setiap minit, dan akan memberi ikan makanan dengan memusingkan bekas makanan ikan yang terbuka ke arah aquarium, jika suhu melebihi atau kurang dari suhu yang ditetapkan, satu mesej akan dihantar ke pengguna melalui GSM modem. Mesej juga akan dihantar apabila bekas makanan ikan sudah kosong. 

Saturday, 16 March 2013

System Design - PC Fan Control

Ini aku buat khas tuk PC aku (projek saja-saja). Lebih kurang macam Automatic Fan System Tapi lebih simple hanya ada satu input dan satu dua output. Just untuk kawal kelajuan kipas dalam PC. Dan aku tambah satu slot tuk sensor selain temperature sensor. Aku buat benda ni tuk kawal dua kipas sahaja dalam PC aku.
Simple Automatic Fan Control.

Thursday, 21 February 2013

System Design - Smart Toilet

Projek antara UKM-UEM dan budak-budak sekolah. Waktu ni aku tengah intern kat Astana Digital, dan diminta untuk buat system berdasarkan apa yang team aku nak(team ak terdiri dari junior JKEES, UKM dan budak-budak sekolah). Aku datang ke kem dua hari lambat dari orang lain disebabkan tengah settlekan problem sebuah universiti untuk preparation Pertandingan Robocon 2012.
Masa aku sampai diorang dah decide nak buat Smart Toilet.
Ni gambar Smart Toilet yang dah siap.

Projek ni diminta oleh student sekolah ni atas sebab-sebab tertentu(aku pun dah lupa sebab apa). Secara kasarnya input dan output yang digunakan adalah:

Input
  • Pressure Sensor (letak bawah seat toilet)
  • Smoke Sensor
  • Water sensor
 Output
  • LCD Screen
  • Kipas 12V
  • Pewangi automatik
  • Flush automatik
  • Water Pump
  • Alarm Speaker

Cara Smart Toilet berfungsi :
Fungsi 1.
Apabila seorang pengguna duduk di toilet, microcontroller akan "on" dan dalam state "standby". Apabila pengguna itu bangun dari tempat duduk, Flush automatik akan berjalan dan selepas tangki pump kosong, air akan di isi ke dalam pump sehingga tersentuh plat water sensor. Air akan berhenti disalur apabila air tersentuh pada plat water sensor.

Fungsi 2.
Apabila pengguna bangun dan air flush dikeluarkan, selepas beberapa minit, pewangi automatik akan dihidupkan bagi memastikan toilet akan sentiasa wangi setelah pengguna menggunakan toilet.

Fungsi 3.
Pelajar sekolah ni nak satu sistem yang dapat detect budak-budak yang hisap rokok di dalam tandas. Jadi aku tambah smoke sensor pada sistem ini. Seperti biasa, apabila smoke system detect asap dalam toilet tu, satu signal akan dihantar ke microcontroller dan pada LCD screen akan ditulis perkataan amaran yang kemudiannya akan trigger alarm speaker.
 Ni adalah sistem yang digunakan.

Masa buat pemasangan Smart Toilet.

Saturday, 10 March 2012

Line Tracking Robot

Ni pulak adalah projek tentang line tracking robot. Robot ini hanya menggunakan satu jenis sensor untuk menjejak line yang berwarna putih/hitam. Robot ini adalah antara robot yang mudah untuk dicipta dan sangat sesuai dijadikan robot pembelajaran. Pengaturcaraan yang digunakan juga tidak sesukar yang disangka dengan menggunakan motor sebagai output.
Line Following Robot.

Robot ini hanya memerlukan satu sensor, microcontroller sebagai control unit, motor driver sebagai penjana tambahan bagi motor dan seterusnya dua biji motor sebagai pengerak tayar.

Input
  • IR Sensor
Output
  • Motor for Tire 

Wednesday, 14 December 2011

System Design - Automatic Fan System

Ini projek pertama yang aku di upah untuk buat. Sebuah sekolah MRSM telah datang dekat tempat aku intern dan bagi idea untuk membuat "Automatic Fan System" yang akan digunakan di sebuah makmal di sekolah mereka. Mereka mahukan sistem yang dapat mengawal on/off kipas dan juga kelajuan kipas apabila ada orang di dalam makmal.
Ini contoh roughly design sistem ni. Yang dah siap kt makmal aku x ambik gambar.

Automatic Fan System.
Sensor dan barangan output yang digunakan adalah:

Input
  • Motion Sensor
  • Temperature Sensor
 Ouput
  • Kipas
  • LCD Screen
 
Fungsi 1.
Sistem Automatic Fan ni akan on secara automatic apabila motion sensor detect kehadiran motion di dalam makmal. Motion akan di kesan setiap 15 min. Jika lebih dari 15 min tiada motion di kesan, kipas akan off dengan sendiri. 

Fungsi 2.
Apabila kipas dalam keadaan on, temperature sensor akan suhu bilik pada ketika itu. Suhu bilik akan dipaparkan pada LCD Screen. Temperature sensor juga memainkan peranan untuk mengawal kelajuan kipas. Satu suhu akan ditetapkan bagi mengawal kelajuan kipas, suhu yang lebih tinggi dari suhu yang ditetapkan akan meningkatkan kelajuan kipas. Begitu juga sebaliknya untuk suhu yang lebih sejuk. Kelajuan kipas akan dipaparkan di LCD Screen.

p/s: first duit dapat buat sistem design..gembira woo..walaupun murah je.