Pages

Friday, 7 March 2014

Korea Backpack - Nami Island & Petite France (Transportation)

Ramai yang tak tahu Petite France ni sebenarnya dekat je dengan Nami Island. Jadi ramai yang miss atau x pergi Petite France disebabkan agent x bawak atau mungkin x tau Petite France ni sebenarnya dekat je dengan Nami Island. Aku pergi Nami island dengan Petite France ni dalam sehari. Melawat Petite France(kecik je tempatnya) dalam sejam lebih sahaja dan selebihnya dekat Nami Island.

Mudahnya backpack ni kita dapat pergi mana-mana, pukul berapa-berapa pun boleh. X payah susah-susah ikut agent, kena ikut time agent, kena pergi tempat agent (tempat yang kita x nak pergi pun dorang bawak). 

Disebabkan memang backpackers dan x da sapa-sapa yang tolong, jadi internet la yang menjadi teman setia, tempat informasi, tempat cari direction, tempat cari makan, semua kena main redah dan cari sendiri. Nak kedua-dua tempat ni dengan cepat, mudah dan murah adalah dengan menaiki bas dan train.

Aku ambik route kat bawah ni, pergi Petite France dulu, selelpas itu baru Nami Island. Dari Seoul ke Changpyeong aku ambik train.

Seoul ---> Changpyeong Station ---> Petite France ---> Nami Island ---> Gapyeong Station ---> Seoul

Direction - Train (Seoul to Cheongpyeong Station)
Bape punya murah harga train kat sini (1950 won/24 station).

Direction - Bus (Changpyeong Station to Petite France to Nami Island to Gapyeong Station)

Dekat je Petite France dengan Nami Island, adalah dalam 10km, perjalanan bas dari Petite France ke Nami Island pun ambik masa 45 minit. Perjalanan bas tu melalui sepanjang sungai Han dan pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan tu.

Kalau nak pergi nami Island dulu pun boleh tapi berhenti kat station Gapyeong
Gapyeong Station --> Nami Island --> Petite France --> Cheongpyeong (reverse direction)

Shutter Bus

Fare : 5,000 won/person satu trip (simpan tiket, lepas g petite france just guna tiket yang sama untuk pergi Nami Island)
Warna oren ni route yang aku ambik (baca dari atas ke bawah).

Aku sampai Cheongpyeong Station dalam kul 11:10. Tgk kat row Cheongpyeong Station bus paling dekat dengan aku pukul 11:25, 2nd trip. Jadi kena cepat pergi bas stop (dari tempat scan tiket exit, belah kanan). Kalau pergi belah kiri x silap jumpa 7 eleven, boleh la cari bekalan kat situ, sebab harga makanan dekat Petite France dan Nami Island boleh tahan mahal.
Cheongpyeong Station

Kat Station bus dia pun ada schedule bus.

Station Bus just beside Cheongpyeong Station.

 Shuttle bus yang dinaiki.

Bas dia memang tepat pada masa, 11:25 x lebih x kurang dah sampai bas. Dan dari pamphlet ni akan sampai Petite France pukul 11:50. Memang betul sampai 11:50 dekat Petite France.

*diorang memang jaga bila berkaitan dengan masa.

Jarak pekan Cheongpyeong ke Seoul.

 Pemandangan sepanjang perjalanan menaiki shutter bas.

Empangan..x tau empangan apa.



Kalau nak pergi Nami Island dulu ambik route bawah ni. Berhenti kat Gapyeong masa pergi, masa balik ambik dekat Cheongpyeong.

Peta perjalanan bas dari Gapyeong Terminal ke Morning Calm Arboretum

Bus Schedule dari Gapyeong Terminal ke Morning Calm Arboretum 
*bas bergerak dari atas ke bawah.

Lepas penat berpusing seharian di Gangwon-do district, aku decide tuk balik pukul 18:15. Sebabnya masa winter maghrib pun pukul around 5.30. Pukul 5 selalunya dah senja.

p/s : jangan terlepas bas sudah..

No comments: