Pages

Showing posts with label Backpack. Show all posts
Showing posts with label Backpack. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

Korea Backpack - Petite France

Petite France ni macam bukit tinggi kat Malaysia, nama pun petite France, jadi senibinanya lebih kepada European style untuk menarik pengunjung datang ke sini. Dekat depan entrance dia ad gambar Running Man dengan filem-filem yang penah buat pengambaran dekat sini.
Petite France.
 
Entrance and Exit

Sejam lebih je kat sini sebab kawasan dia tidak la besar mana pun. Kalau nak betul-betul masuk semua ceruk rumah rasanya 3 jam pun cukup. Pandai-pandai la bahagi masa, Rule Backpack #152 "you will decide how long you will take"

More Petite France Pictures..

Friday, 7 March 2014

Korea Backpack - Nami Island & Petite France (Transportation)

Ramai yang tak tahu Petite France ni sebenarnya dekat je dengan Nami Island. Jadi ramai yang miss atau x pergi Petite France disebabkan agent x bawak atau mungkin x tau Petite France ni sebenarnya dekat je dengan Nami Island. Aku pergi Nami island dengan Petite France ni dalam sehari. Melawat Petite France(kecik je tempatnya) dalam sejam lebih sahaja dan selebihnya dekat Nami Island.

Mudahnya backpack ni kita dapat pergi mana-mana, pukul berapa-berapa pun boleh. X payah susah-susah ikut agent, kena ikut time agent, kena pergi tempat agent (tempat yang kita x nak pergi pun dorang bawak). 

Disebabkan memang backpackers dan x da sapa-sapa yang tolong, jadi internet la yang menjadi teman setia, tempat informasi, tempat cari direction, tempat cari makan, semua kena main redah dan cari sendiri. Nak kedua-dua tempat ni dengan cepat, mudah dan murah adalah dengan menaiki bas dan train.

Aku ambik route kat bawah ni, pergi Petite France dulu, selelpas itu baru Nami Island. Dari Seoul ke Changpyeong aku ambik train.

Seoul ---> Changpyeong Station ---> Petite France ---> Nami Island ---> Gapyeong Station ---> Seoul

Direction - Train (Seoul to Cheongpyeong Station)
Bape punya murah harga train kat sini (1950 won/24 station).

Direction - Bus (Changpyeong Station to Petite France to Nami Island to Gapyeong Station)

Dekat je Petite France dengan Nami Island, adalah dalam 10km, perjalanan bas dari Petite France ke Nami Island pun ambik masa 45 minit. Perjalanan bas tu melalui sepanjang sungai Han dan pemandangan sangat cantik sepanjang perjalanan tu.

Kalau nak pergi nami Island dulu pun boleh tapi berhenti kat station Gapyeong
Gapyeong Station --> Nami Island --> Petite France --> Cheongpyeong (reverse direction)

Shutter Bus

Fare : 5,000 won/person satu trip (simpan tiket, lepas g petite france just guna tiket yang sama untuk pergi Nami Island)
Warna oren ni route yang aku ambik (baca dari atas ke bawah).

Aku sampai Cheongpyeong Station dalam kul 11:10. Tgk kat row Cheongpyeong Station bus paling dekat dengan aku pukul 11:25, 2nd trip. Jadi kena cepat pergi bas stop (dari tempat scan tiket exit, belah kanan). Kalau pergi belah kiri x silap jumpa 7 eleven, boleh la cari bekalan kat situ, sebab harga makanan dekat Petite France dan Nami Island boleh tahan mahal.
Cheongpyeong Station

Kat Station bus dia pun ada schedule bus.

Station Bus just beside Cheongpyeong Station.

 Shuttle bus yang dinaiki.

Bas dia memang tepat pada masa, 11:25 x lebih x kurang dah sampai bas. Dan dari pamphlet ni akan sampai Petite France pukul 11:50. Memang betul sampai 11:50 dekat Petite France.

*diorang memang jaga bila berkaitan dengan masa.

Jarak pekan Cheongpyeong ke Seoul.

 Pemandangan sepanjang perjalanan menaiki shutter bas.

Empangan..x tau empangan apa.



Kalau nak pergi Nami Island dulu ambik route bawah ni. Berhenti kat Gapyeong masa pergi, masa balik ambik dekat Cheongpyeong.

Peta perjalanan bas dari Gapyeong Terminal ke Morning Calm Arboretum

Bus Schedule dari Gapyeong Terminal ke Morning Calm Arboretum 
*bas bergerak dari atas ke bawah.

Lepas penat berpusing seharian di Gangwon-do district, aku decide tuk balik pukul 18:15. Sebabnya masa winter maghrib pun pukul around 5.30. Pukul 5 selalunya dah senja.

p/s : jangan terlepas bas sudah..

Wednesday, 5 March 2014

Korea Backpack - Itaewon

Kawasan tumpuan foreigner di Seoul, memang boleh nampak ramai foreigner kawasan ni, lagi-lagi foreigner belah Arab dan Afrika. Di sinilah terletaknya satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul. Mungkin kerana kawasan ni dekat dengan masjid sebab itu jugalah ramai foreigner di kawasan ni.

Makanan Halal
Sinilah tempatnya kalau nak cari makanan halal, memang banyak kedai/restoran kat sini yang sediakan makanan halal. Restoran masakan melayu nusantara pun ada. Tetapi kebanyakannya makanan belah arab dan turki yang banyak. So nak cari stok makanan halal boleh la cari di itaewon.

Running Man..
Ada satu episod dalam Running Man diorang buat pengambaran di satu lokasi di itaewon iaitu di tangga ke Itaewon Land. Itaewon ni sebenarnya adalah satu spa @ rumah urut. X perlu la nak masuk.


Location
Lokasi dia di jalan besar. Belakang dia Masjid Seoul (kena jalan kaki dalam 5 minit).

Check it out Itaewon Street



Korea Backpack - Seoul Mosque

Satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul Korea Selatan. Nak solat di sini memang agak susah. Kalau musim sejuk, masa solat jadi semakin pendek. contoh jarak antara solat zuhur dan asar cuma 1 jam. Sama juga solat asar dan maghrib. Jadi memang kena pandai cari masa dan tempat untuk solat. Kebanyakannya akan solat di bilik penginapan je kalau melawat sekitar seoul.

Location
Peta ke Masjid Seoul.

Direction
Itaewon Station (Seoul Subway Line 6), Exit 3.
Go straight 100m and turn right onto Usadan-ro Road.
Go straight 150m and turn left onto Usadan-ro 10-gil Road.
Continue 200m to arrive at Seoul Central Masjid on the left.

History (src:wikipedia)
The Muslim (both Korean and foreign-born) community is centred around Seoul, where the first large 20th-century mosque was built in 1976 using the funds of the Malaysian Islamic Mission and other Islamic countries.

In addition to fewer than 30,000 indigenous Korean Muslims, are South Asian, Middle Eastern (i.e. Iraqi), Indonesian and Malaysian immigrants in South Korea, the majority of whom are Muslims. They have been guest workers since the 1990s, taking the total Muslim population in the country to around 35,000


Inside Mosque

Tuesday, 4 March 2014

Korea Backpack - Namsan Tower

Mercu tanda Korea Selatan, Namsan Tower, lebih kurang macam menara KL. Sebenarnya, namsan tower dengan lawatan Namsangol Hanok Village boleh buat dalam sehari je, sebab Namsan Tower dan Namsangol Hanok Village ni bersebelahan je. Jalan kaki pun boleh, myeongdong pun boleh dikatakan dekat jugak dengan Namsan Tower, berjiran. So, aku recommend pergi tiga tempat ni dalam sehari.

Location
Peta Namsan Tower

Direction
1. By Cable Car 
Access by taxi or car is prohibited so you’ll have to walk, take a bus, or cable car. From Myeongdong Station, it is a ten-minute walk to the cable car platform. The way up by cable car offers a great view of Seoul and a pleasant ride. 
Fare: Round-trip: 6,300 won, One-way: 4,800 won Hours: 10:00~22:30

2. By Bus

You can also take a yellow bus at Chungmuro station (Line 3 or 4) or at Dongguk University station (Line 3), which will take you to the parking lot of N Seoul Tower. The bus runs regularly so you can take it from wherever it is most convenient. Even the bus ride up the winding road affords a nice view of the mountain. Bus No. 2 will drop you off at the bus stop right below N Seoul Tower, and you can walk up to N 5 to Seoul Tower Plaza. After completing your tour, take the same bus at the bus stop where you got off. There is a bus every 6 minutes from 8 a.m. to 12 a.m. Fare: 550 won / Hours: 08:00~24:00 / Bus interval: 5~6 min.

Ape yang Menarik?
Of course pemandangan, aku pergi time malam, memang dapat tengok nightview kota metropolitan Seoul, tapi cuaca waktu malam ditambah pulak atas bukit, memang sangat sejuk! suhu hari aku naik tu cecah -10C.  Tapi still puas hati, sangat cantik dan sejuk!.

Lock of Loves..
Dah menjadi satu tradisi bagi pasangan yang melawat Namsan Tower meninggalkan kunci mangga (padlock) sebagai simbol cinta. Simbolik cinta mereka..hmm. Dekat pagar-pagar menara dan pokok hiasan boleh nampak beribu-ribu padlock yang ditulis mesej-mesej cinta dikunci/digantung.
Dari maklumat yang aku dapat dari orang tempatan, pasangan yang dah kunci mangga tu dekat area tower ni akan buang kunci mangga tu, so x ada sape lagi yang boleh bukak mangga tu, x ada sape yang boleh pisahkan diorang. 


Teddy Bear Museum..
Orang cakap ada teddy bear museum dekat Namsan Tower, tapi disebabkan aku x ada keinginan nak masuk teddy bear museum, so x ada la nak pergi mencari-cari mana teddy bear museum tu kat mana.

Namsan Tower View