Pages

Saturday, 8 March 2014

Robotic Arm

Robotic arm. Apabila Jason Barnes terkena kejutan elektrik dua tahun lalu, beliau kehilangan bahagian bawah tangan kanannya, seolah-olah berakhir impiannya menjadi pemain drum. Namun minat yang mendalam dalam muzik dan instrument drum, Jason Barnes meminta Professor Gil Weinberg dari Georgia Institute of Technology membina lengan robotik.
Peranti yang menggunakan proses yang dipanggil Electromyography , di mana ia dapat mengikuti arah gerakan Barnes melalui isyarat elektrik yang dihasilkan oleh otot lengan atas beliau. Untuk menggunakan lengan robotik, Barnes menghantar signal pergerakan pada otot untuk mengawal motor kecil yang mengendalikan drumsticks. Lengan Robotik Barnes dapat melakukan apa yang drummers sempurna lakukan dengan baik tetapi lengan robotik ini juga memberinya sedikit kelebihan berbanding drummers manusia biasa - dia boleh memegang dua batang sekaligus, kemahiran berguna untuk memainkan lagu-lagu jazz yang rumit. Lebih kurang macam ni, kayu yang pertama akan ikut arahannya , yang kedua improvises. Satu cip peranti membolehkan kedua-dua kayu untuk bermain dalam irama yang berbeza.

Aksi Jason Barnes dengan Robotic armnya.

No comments: