Pages

Sunday, 23 February 2014

Korea Backpack : Accomodation aka Penginapan

Paling penting bila travel ke negara yang tengah musim sejuk adalah PENGINAPAN. Hotel/Motel atau lebih dikenali sebagai Guest House di Korea memang berlambak disekitar Seoul.

Bawah ini adalah Guest House yang aku penah menginap selama 12 hari di Korea Selatan dan yang terbaik servis dan lokasinya.


Apple Backpack | Recommended!
 Pandangan dari luar.

Location Apple Backpackers
 Dekat dengan Jogno 3 ga.

 Why aku recommended Guest House ni?
  1. Dia dekat dengan 3 jenis line train (warna oren, warna biru dan warna ungu). *colour line train ni macam putra/star/komuter je. Nak travel kemana-mana x payah tukar banyak-banyak line train. Keluar jauh-jauh pun kalau nak balik pun just cari tiga warna ni je.
  2. Guest House ni ada kemudahan : WIFI, dapur, ruang makan, coffee *free, makanan (makanan yang di tinggalkan) *free, Desktop PC, floor heater and water tab.
  3. Pekerja yang sangat friendly dan fasih berbahasa Inggeris. Dia akan tolong jawab sedaya mungkin apa sahaja soalan yang diajukan.
  4. Free seoul map, brochure, pamphlet dan info pasal Korea Selatan. Nami Island, Ski resort, Lotte world, etc. 
  5. Harga sangat berpatutan dengan sevice yang dia sediakan/bagi. 

Harga/Price per night (Double Bed)
  • 63000 won/night - RM 200 satu bilik @ RM 100 seorang
 
 More Apple Backpackers Pictures.
 Pintu Hijau : Office, Pintu straight kat depan adalah dapur. Sebelah kiri dapur, ruang makan


 Pintu Hijau : ofis , Aku menginap dulu pintu warna pink. Betul2 belakang ofis.

For Further Info : http://www.applebackpackers.com/

1 comment: