Pages

Monday, 21 October 2013

Linux/Unix - Introduction

Sebenarnya Introduction untuk aku, aku start minat dengan Unix/Linux ni dah lama. Sebab ak tertarik dengan CLI(Command Line Interface), dan bagaimana kita boleh memanipulasi keseluruhan sistem unix/linux atas kehendak kita. Dan sekarang untuk work laptop aku, memang dah format and install ubuntu 13.10.
Command Line Interface.

Kelebihan Linux/Unix.
Bagi seseorang software developer or apa-apa yang berkaitan dengan IT/Telco/Network. Bagi aku la, lebih mudah jika menggunakan unix/linux, kerana kestabilanya and kadar "crash" atau slow PC yang rendah berbanding windows.

p/s : Ni pendapat aku sahaja ok. Jangan marah plak. 

Kalau sesiapa yang jenis suka nak tweak sana tweak sini, boleh la start beralih ke linux. Nak belajar network security pun ad specific linux package yang boleh kita test tentang network security. 

Tambahan pula sekarang, kebanyakan robot-robot masa kini telah upgrade sistem mereka untuk menggunakan processor yang lebih berkuasa, sebelum ini kebanyakanyya menggunakan ARM processor/microcontroller. Kini ramai developer robot telah beralih ke processor yang dapat menyimpan OS di dalamnya. Contohnya macam robot Darwin ni.
Darwin.

Robot Darwin keluaran Robotis ini menggunakan Debian OS(adik beradik linux) untuk menjalankan semua operasi robot ini, dari image/video processing sebagai matanya hingga ke stabilization sensor dan pergerakan semua servo motor(dipanggil dynamixel) dikawal oleh Debian OS. 

Untuk sesiapa yang meminati robotik, benda yang perlu anda tahu adalah, electronic + mechanical + programming(linux based or c programming) + image/video processing.