Masa aku sampai diorang dah decide nak buat Smart Toilet.
Ni gambar Smart Toilet yang dah siap.
Projek ni diminta oleh student sekolah ni atas sebab-sebab tertentu(aku pun dah lupa sebab apa). Secara kasarnya input dan output yang digunakan adalah:
Input
- Pressure Sensor (letak bawah seat toilet)
- Smoke Sensor
- Water sensor
Output
- LCD Screen
- Kipas 12V
- Pewangi automatik
- Flush automatik
- Water Pump
- Alarm Speaker
Cara Smart Toilet berfungsi :
Fungsi 1.
Apabila seorang pengguna duduk di toilet, microcontroller akan "on" dan dalam state "standby". Apabila pengguna itu bangun dari tempat duduk, Flush automatik akan berjalan dan selepas tangki pump kosong, air akan di isi ke dalam pump sehingga tersentuh plat water sensor. Air akan berhenti disalur apabila air tersentuh pada plat water sensor.
Fungsi 2.
Apabila pengguna bangun dan air flush dikeluarkan, selepas beberapa minit, pewangi automatik akan dihidupkan bagi memastikan toilet akan sentiasa wangi setelah pengguna menggunakan toilet.
Fungsi 3.
Pelajar sekolah ni nak satu sistem yang dapat detect budak-budak yang hisap rokok di dalam tandas. Jadi aku tambah smoke sensor pada sistem ini. Seperti biasa, apabila smoke system detect asap dalam toilet tu, satu signal akan dihantar ke microcontroller dan pada LCD screen akan ditulis perkataan amaran yang kemudiannya akan trigger alarm speaker.
Ni adalah sistem yang digunakan.
Masa buat pemasangan Smart Toilet.