Pages

Wednesday, 9 January 2013

Final Year Project - Image/Video Processing

Dapat tajuk FYP yang memang aku nak, iaitu image processing/video processing. 80% daripada FYP ini melibatkan pengaturcaraan komputer, salah satu subjek yang aku gemari. Aku pilih tajuk ni sebab, image/video processing semakin naik mendadak, kalau kita lihat X-Box kinect yang menggunakan image/video processing sebagai medium untuk mengesan pergerakan manusia. Ada juga desas desus mengatakan samsung/sony bakal mengeluarkan tv yang berkeupayaan mengesan pergerakaan manusia dengan menggunakan kamera video sebagai sensor bagi mengawal tv keluaran mereka.  Selain itu, kegunaan common image/video processing adalah dalam hanset/kamera kita dimana system kamera dapat mengesan muka manusia (face detection) bagi meningkatkan mutu gambar yang ditangkap.
Tajuk FYP, Pengecaman perbuatan manusia berdasarkan profil poligon. 

Aku ambik tajuk ini juga disebabkan kaitannya dengan dunia robotik masa kini. Dunia robotik kini kebanyakannya telah menggantikan kamera/video sebagai satu sistem sensor terbaik berbanding sebelum ini yang perlu mengguanakan berbagai jenis sensor bagi menyiapkan satu tugasan. Contoh : motion sensor + colour sensor + infra red sensor boleh dilakukan dengan hanya menggunakan satu kamera video.

Objektif
Objektif dan Hipotesis

Result : Skin colour tracking
Apa yang aku lakukan untuk hasil ini adalah, penjejakan warna kulit, manusia mempunyai berbagai jenis warna kulit, hasil ini boleh digunakan bagi menambah perinciaan terhadap penjejakan manusia.

Sekali sekala jadi model

Result : Head/Face Tracking
Penjejakan ini berdasarkan  pengunaan Haar Cascade, iaitu satu library bagi mengesan bentuk muka dan kepala, penjejakan ini telah digunakan dengan meluas dalam area pengimejan kamera video. Penjejakan ini akan menambah perinciaan terhadap penjejakan manusia apabila digabungkan dengan penjejakan warna kulit.


Result : Silhoutte Tracking.
Penjejakan bebayang dilakukan berdasarkan penolakan latar belakang sesuatu Imej dan mengfokuskan object yang berada di hadapan imej, namun penjejakan jenis bebayang berlaku lebih perlahan kerana proses penolakan latar belakang yang mengambil masa yang lama untuk di proses.